Saturday, December 13, 2008

study memenatkan tetapi bermanfaat


Huhha,sekejap jek rasenya dah nak masuk belajar balik macam dulu-dulu,macam baru semalam jek aku ambil SPM tapi tuh lah hakikatnya,belajar tidak pernah terlepas dari kehidupan kita,sedangkan kita ketika berumur 2 bulan sudah diajar memegang botol susu ini kan pula umur sudah mahu mencecah usia 18,pernah tak kita terfikir belajar ini membuatkan kita mempunyai sifat daya saing dan berani menghadapi cabaran?sememangnya itu semua adalah benar,bagi saya belajar ini perlu berterusan dalam kehidupan,perlu tidak pernah berhenti walau pun kita dalam keadaan koma sekali punn.Bahkan,sekiranya kita dipaksa dan terpaksa atau sekadar memenuhi kehendak,apa boleh buat?Diri kita ini boleh diibaratkan "seperti Sebutir habuk di padang pasir" masih banyak lagi perkara yang kita perlu pelajari didunia yang telah diciptakan untuk kita menjaganya ini!Jadi,terima lah kenyataan jika anda dipaksa atau disuruh belajar..sememangnya itu juga untuk kepentingan kita sendiri dimasa depan.Mungkin kita tidak sedarinya pada masa kini akan tetapi menyedarinya di hari tua kelak.Akhir sekali,sebenarnya saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat UNIVERSITI iaitu di UITM perak,hahhaa..26/12/2008 masuk daftar.Saya ambil kos SENIBINA LANDSKAP! moga-moga cerah lah masa depan aku pilih kos nih,tktau napa tetibe pulak boleh minat kat kos nih.So,kalau dah lama tk nampak aku online myspace ke hape tuh,tuh tengah sebuk study lah tuh
kekekeke..

must have ambition to start your risky life



Dalam dunia yang serba indah,kita perlu ada sebuah cita2 yang dapat menyokong dan mendorong kita kepada sesuatu yang kita akan kecapi,akan tetapi bukan senang untuk kita mengwujudkan sesebuah cita2 kerna cita2 lah yang akan membentuk diri dan kehidupan kita di masa hadapan.Seperti yang kita semua sudah tahu,semua orang termasuk orang gila,golongan bangsawan,kuli,orang mamak,india,jawa,banggali dan sebagainya mempunyai cita2 masing2.Seperti saya,cita2 umpama matlamat,tanpa cita2 kita tidak akan boleh menentukan dan mengubah cara hidup kita.Cita2 saya dalam hidup ini adalah ingin sentiasa melebihi apa yang abang dan kakak saya ada,sentiasa ingin disayangi ibubapa,sentiasa digemari rakan2,sentiasa dapat apa yang dimahukan.

Sunday, April 13, 2008